ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 10. Kuasa untuk meminjam

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan atas terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin diperlukannya untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.

(2) Jumlah-jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.