ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA



Seksyen 26. Kuasa untuk memburu dan menangkap semula.

Jika seseorang yang berada dalam jagaan yang sah mengikut undang-undang melarikan diri atau diselamatkan dari tahanan, orang yang daripada jagaannnya dia melarikan diri atau diselamatkan boleh serta-merta memburu dan menangkap orang itu di mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar kawasan bidangkuasa tempat orang berada dalam jagaan sedemikian, dan memperlakukan terhadap orang itu sepertimana yang dia mungkin lakukan semasa penangkapan asal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.