Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VIII - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 83. Minit

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit semua mesyuarat Jawatankuasa.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Jawatankuasa dan hendaklah mengandungi rekod penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa.

(4) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.