ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 22. Perlindungan Hakim, Pegawai Mahkamah dll.

(1) Tiada seorang pun Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie boleh dikenakan apa-apa tindakan di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Sivil bagi apa-apa perbuatan, ketinggalan perbuatan, atau perintahnya dalam menjalankan tugas kehakimannya, sama ada dalam had bidang kuasanya atau tidak, dan tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya :

Dengan syarat bahawa pada masa berlakunya perbuatan, ketinggalan perbuatan itu, atau semasa membuat perintah itu, pegawai itu dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan perbuatan, ketinggalan atau mengeluarkan perintah yang berkenaan.

(2) Orang yang menguatkuasakan waran atau perintah yang dikeluarkan dengan sahnya oleh Mahkamah tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Sivil jika sekiranya waran atau perintah itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut semasa ianya mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkannya.

(3) Bailif atau mana-mana pegawai Mahkamah yang telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan mana-mana hukuman, perintah atau waran tahan harta sebelum hukuman tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Sivil kerana sebarang tindakannya yang berkenaan dengan harta yang dirampas, kecuali jika sekiranya dia dengan sengaja telah bertindak melebihi had kuasa yang telah diberikan kepadanya oleh hukuman, perintah atau waran yang berkenaan:

Dengan syarat dia hendaklah tidak boleh dianggap sebagai telah bertindak melebihi had kuasanya hanya kerana dia telah mengetahui adanya suatu pertikaian tentang hakmilik harta yang dirampas itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.