ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN II - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH



Seksyen 8. Mendakwa bukan Islam

Mana-mana orang yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam untuk mengelakkan dirinya daripada diambil apa-apa tindakan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.