ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015
BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF
Seksyen 10. Wakaf ahli, irsad, manqul, musyak, musytarak , wakaf saham atau wakaf takliq
(1) Seorang
waqif
boleh mewujudkan wakaf ahli,
irsad, manqul, musyak, musytarak, wakaf
saham atau wakaf
takliq
terhadap hartanya.
(2) Bagi maksud seksyen ini-
(a) “wakaf
ahli
” atau “wakaf
zurri
” ertinya suatu wakaf yang ditentukan oleh
waqif
untuk keluarganya atau untuk seseorang atau lebih daripada seorang yang tertentu bagi tujuan kebajikan;
(b) “wakaf
irsad
” ertinya sesuatu harta yang diwakafkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, perbadanan, institusi, pertubuhan atau badan-badan lain menurut Hukum Syarak;
(c) “wakaf
manqul
” ertinya mewakafkan harta alih;
(d) “wakaf
musyak
” ertinya mewakafkan apa-apa hak ke atas mana-mana harta yang dimiliki bersama yang tidak boleh dipecahbahagikan;
(e) “wakaf
musytarak
” ertinya penyatuan beberapa wakaf termasuklah wakaf yang diwujudkan melalui
istibdal
dan saham wakaf;
(f) “wakaf saham” ertinya mewakafkan saham-saham yang berbayar yang dipegang dalam mana-mana syarikat atau perniagaan, atau saham-saham amanah atau instrumen-instrumen kewangan yang lain; dan
(g) “wakaf
takliq
” ertinya suatu wakaf yang hanya mula berkuat kuasa apabila syarat yang telah ditetapkan oleh
waqif
dipenuhi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.