ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

(2) Enakmen ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) K Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Enakmen ini.

(4) Enakmen ini terpakai hanya bagi orang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.