ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN III - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA



Seksyen 18. Buku, majalah, dsb., dalam kawalan dan simpanan

Mana-mana orang yang ada dalam kawalannya, simpanannya atau padanya buku, majalah, dokumen atau surat yang mengandungi ajaran, fatwa atau penetapan yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau dengan mana-mana fatwa yang telah sah dikeluarkan dalam Negeri Pahang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.