Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 15. Yang Dipertua

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis berkuasa melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Majlis.

(2) Yang Dipertua hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar dan ketetapan Majlis.

(3) Yang Dipertua hendaklah menjalankan kawalan ke atas segala pertimbangtelitian dan prosiding Majlis, dan hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanannya yang sepatutnya dan teratur.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.