ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015
BAHAGIAN V - MAWQUF
Seksyen 19. Wakaf hasil premis dan hasil pertanian atas tanah yang dimiliki, disewa atau dipajak
Seseorang
waqif
boleh mewakafkan-
(a) hasil sewaan atau pajakan mana-mana premis yang dimilikinya;
(b) hasil sewaan atau pajakan mana-mana premis yang dimilikinya di atas mana-mana tanah yang disewa atau dipajak olehnya; atau
(c) apa-apa hasil pertanian, perladangan, penternakan atau sebagainya yang diperoleh daripada tanah yang dimiliki, disewa atau dipajak olehnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.