ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2005

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 56. Pembuktian dokumen

(1) Jika orang yang menyempurnakan sesuatu dokumen menafikan tulisan pada atau tanggungan yang diwujudkan dalam dokumen itu, maka tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah dibuktikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi kepada dokumen itu.

(2) Jika saksi-saksi kepada dokumen itu tidak dapat ditemui, tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah dibuktikan oleh dua orang saksi yang boleh mengenal pasti tulisan dan tandatangan orang yang menulis dan menyempurnakan dokumen itu.

(3) Jika saksi-saksi kepada dokumen itu atau orang yang tersebut dalam subseksyen (2) boleh mengenal pasti tulisan dan tandatangan itu, orang yang menyempurnakan dokumen itu adalah terikat dengan apa-apa tanggungan yang diwujudkan dalam dokumen itu.

(4) Jika saksi-saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak mengenal pasti tulisan dan tandatangan pada dokumen itu sepenuhnya, maka tulisan dan tandatangan pada dokumen itu hendaklah disahkan oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar.

(5) Jika tulisan dan tandatangan pada dokumen itu telah disahkan oleh pakar-pakar; maka orang yang menyempurnakan dokumen itu adalah terikat dengan apa-apa tanggungan yang diwujudkan dalam dokumen itu.

(6) Jika sesuatu dokumen tidak boleh dibuktikan dengan mana-mana cara yang disebut terdahulu, orang yang menafikan tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah, apabila diminta oleh orang yang mengatakan bahawa orang disebut terdahulu ialah orang yang menyempurnakan dokumen itu, mengangkat sumpah, dan jika dia enggan berbuat demikian, orang yang mengatakan itu boleh mengangkat sumpah dan berikutan dengannya membuktikan tuntutannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.