Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN DI-DALAM PERBICHARAAN JINAYAH



Seksyen 61. Pengaduan.

(1) Pengaduan yang berkehendakkan dengan penda'awaan hendak-lah di-buat dengan bertulis atau dengan lisan kapada pegawai pengetua Mahkamah itu. Jika di-buat dengan lisan hendak-lah di-tuliskan oleh Pegawai Pengetua Mahkamah itu. Dengan jalan mana pun hendak-lah ia-nya menyuroh si-pengadu bersumpah at au mengaku di-atas kebenaran pengaduan itu.

(2) Mahkamah boleh menolak daripada mengambil sasuatu tindakan di-atas pengaduan itu jika tidak berpuas hati bahawa ada sebab-nya yang boleh di-perchayai bahawa satu kesalahan telah di-lakukan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.