ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“aqil baligh” ertinya sempurna akal dan cukup umur mengikut Hukum Syarak;

“doktrin” ertinya kefahaman atau pegangan agama;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 [Enakmen No. 3 tahun 1991];

“fatwa” ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 36 Enakmen Pentadbiran;

“Hakim” ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang masing-masing dilantik di bawah seksyen 54, 43 dan 45 Enakmen Pentadbiran;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;

“Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak” ertinya Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak yang ditubuhkan di bawah seksyen 39 Enakmen Pentadbiran;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 Enakmen Pentadbiran;

“Majlis” ertinya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen Pentadbiran;

“Mufti” ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti Negeri di bawah seksyen 34 Enakmen Pentadbiran, dan termasuklah Timbalan Mufti Negeri;

“muncikari” ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum Syarak;

“percubaan keluar daripada agama Islam” ertinya apa-apa perlakuan oleh seseorang Islam yang mukallaf dengan kehendaknya sendiri sama ada melalui perkataan, perbuatan atau dengan apa jua cara yang boleh ditafsirkan sebagai suatu percubaan keluar daripada agama Islam;

“pusatpemulihan diluluskan” ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 65;

“rumahdiluluskan” ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 65;

“rumahperjudian” ertinya sesuatu premis di mana-

“takfir” ertinya menganggap seseorang orang Islam sebagai orang bukan Islam.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada skrip bahasa Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

(4) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari semasa ke semasa meminda, memotong daripada atau menambah kepada Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.