ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN VII - KECUALIAN AM



Seksyen 66. Kuasa Mahkamah untuk membuat perintah memasukkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan

Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan di bawah Bahagian II, III atau IV, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan mana-mana orang sedemikian menjalani apa-apa kaunseling atau dimasukkan ke pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan untuk menjalani pemulihan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dikenakan sekali dengan kaunseling atau pemulihan itu, tempohnya tidak boleh melebihi agregat tiga tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.