Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN PERBICHARAAN MAL



Seksyen 84. Perbichraan atau Pendengaran.

(1) Jika pada masa yang di-tetapkan bagi perbicharaan, yang menuntut tiada hadhir maka pebicharaan itu boleh buang. Jika yang menuntut hadhir tetapi yang kena tuntut tiada hadhir yang menuntut boleh menerangkan tuntutan-nya dan Mahkamah boleh menjatohkan hukuman:

Tetapi Mahkamah itu-

(2) Jika yang kena tuntut hadhir dan mengaku di-atas tuntutan itu maka Mahkamah boleh-Iah menjatohkan hukuman dengan tiada payah mengambil keterangan.

(3) Jika orang yang kena tuntut hendak menjawab maka pehak yang akan kena hukum mengikut tuntutan jawapan dan pengakuan, jika tiada sa-barang keterangan di-ambil oleh Mahkamah, ada-Iah berhak memulakan memberi keterangan
dahulu.

(4) Tiap2 pehak boleh menerangkan kapada Mahkamah pendirian-nya masing2 dan lepas itu memberi keterangan dan memanggil saksi2-nya yang akan di-pereksa dan boleh di-soal balas, di-pereksa sa-mula dan di-soal oleh Mahkamah
dan di-panggil balek saperti yang di-sebutkan di-dalam fasal 68 di-dalam Undang2 ini bagi perbicharaan jinayah. Lepas
selesai memberi keterangan tiap2 pehak boleh-lah menerangkan balek kebenaran-nya masing2 tetapi pehak yang memulakan perbicharaan hendak-Iah yang kemudian sa-kali berchakap.

(5) Mahkamah boleh-Iah mengambil keterangan yang di-fikirkan-nya mustahak:

Tetapi mana2 pehak pun tiada boleh di-paksa memberi keterangan jika dia tiada suka.

(6) Sa-lepas itu Mahkamah hendak-lah memberi hukuman-nya di-dalam Mahkamah terbuka kapada ramai sama ada pada masa itu juga atau pun pada masa yang lain tetapi pehak2 yang bersangkutan hendak-Iah di-beritahu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.