Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
PUNGUTAN KERANA KHAIRAT



Seksyen 108. Pungutan2 kerana khairat.

(1) Majlis boleh memungut, atau boleh membenarkan lesen2 kapada sa-saorang atau sa-suatu juma'ah orang2,memberi kuasa kapada-nya atau mereka itu memungut wang atau pungutan yang lain bagi tujuan sa-suatu khairat kerana bantuan dan kemajuan Ugama Islam atau kerana faedah orang2 Islam mengikut Hukum Shara', dan dengan lesen itu boleh mengenakan sharat2 yang di-fikirkan patut.

(2) Hendak-Iah di-sifatkan menjadi satu sharat bagi tiap2 lesen itu bahawa pemegang-nya dan tiap2 orang lain yang di-beri kuasa oleh-nya kerana memungut wang atau derma hendak-Iah-

(3) Wang yang di-pungut mengikut fasal ini boleh digunakan kerana tujuan yang tertentu jika Majlis mengarahkan sa-demikian itu, tetapi, jika tiada sa-suatu arahan itu, hendak-Iah di-masokkan dan menjadi bahagian Baitul-Mal.

(4) Sa-saorang tidak boleh membuat atau mengambil bahagian di-dalam sa-suatu pungutan wang bagi sa-suatu tujuan yang tersebut dahulu itu terkechuali dengan kuasa yang nyata dari Majlis at au dengan kuasa dan mengikut lesen itu sa-bagaimana yang tersebut dahulu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.