ENAKMEN 12 TAHUN 1991
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Kriteria bagi memutuskan sama ada seseorang itu seorang Islam

Jika dalam apa-apa pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Enakmen ini timbul apa-apa soalan tentang sama ada seseorang itu seorang Islam, soalan itu hendaklah diputuskan mengikut kriteria reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan, atau kemungkiran orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.