Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN Ill
PERATORAN ('AM)



Seksyen 53. Menyampaikan panggilan.

(1) Surat panggilan Mahkamah hendak-Iah di-hantar oleh pegawai Mahkamah atau oleh orang lain yang dikuasakan oleh Mahkamah itu dan boleh di-hantarkan di-mana2 tempat di-dalam Negeri pada bila2 masa.

(2) Di-dalam perkara jinayah surat panggilan hendak-Iah di-hantar kapada orang itu sendiri.

(3) Di-dalam perkara mal surat panggilan hendak-Iah di-hantar kapada orang itu sendiri melainkan dengan sebab2 yang tertentu maka Mahkamah hendak-Iah memerentahkan hantaran dengan jalan lain (substituted service) dan hendaklah di-hantarkan dengan jalan apa yang di-perentahkan oleh Mahkamah itu dan boleh di-pakai saperti di-hantar kapada orang itu sendiri.

(4) Hantaran kapada orang itu sendiri hendak-Iah diberikan surat yang asal atau salinan yang di-chap dan tanda tangani. Jika ia tiada mahu menerima-nya maka boleh-Iab surat itu di-tunjokkan kapada-nya dan di-tinggalkan dekat dengan dia.

(5) Sa-siapa yang sudah menghantar surat atau saman notis hendak-Iah dengan serta merta menyerahkan kapada Mahkamah suatu peringatan menunjokkan tempat, waktu dan bagaimana ia menyampaikan-nya.

(6) Menghantarkan surat panggilan boleh-Iah di-terangkan dengan perkataan jika di-kehendaki.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.