ENAKMEN 5 TAHUN 2006
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2006

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 122. Peruntukan tentang hukuman denda

(1) Jika apa-apa denda dikenakan maka, sekiranya tiada apa-apa peruntukan yang memperuntukkan pengenaannya, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
Jika tempoh maksimum pemenjaraan-
Tempohnya tidak boleh melebihi-
        tidak melebihi enam bulan
        tempoh maksimum pemenjaraan
        melebihi enam bulan tetapi tidak melebihi dua tahun
        enam bulan
        melebihi dua tahun
        satu perempat daripada tempoh maksimum pemenjaraan;
Jika denda itu-
Tempoh tidak boleh melebihi-
        tidak melebihi dua ratus ringgit
        satu bulan
        melebihi dua ratus ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ringgit
        dua bulan
        melebihi lima ratus ringgit
        enam bulan;

(2) Waran untuk melevikan sesuatu denda boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia, tetapi jika ia dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri Perlis, ia hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.