Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VII - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 77. Penentuan sama ada orang yang tidak didaftarkan ialah seorang muallaf

Jika apa-apa persoalan timbul tentang sama ada seseorang itu adalah seorang muallaf, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Muallaf atau di bawah mana-mana undang-undang negeri sebagai seorang muallaf, persoalan itu hendaklah diputuskan berdasarkan kepada merit kes itu mengikut seksyen 70.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.