ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2005
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 96. Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya
(1) Soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak menentang, ditanya di dalam pemeriksaan utama atau dalam pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan memimpin tentang perkara permulaan atau yang tak dipertikaikan, atau perkara yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.