Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN Ill
MAHKAMAH2 SHAR'IAH



Seksyen 48B. Ulang Bichara Mal.

(1) Terta'alok kapada sharat2 fasal kechil (1) (b) kapada fasal 46 dalam Undang2 ini, mana pehak dalam perbicharaan mal di-Mahkamah· Kadhi Besar atau Mahkamah Kadhi boleh-Iah meminta ulang bichara mengenai keputusan at au perentah Mahkamah yang demikian kapada Jawatan-kuasa Ulang Bichara yang dibentok di-bawah fasal 46 dalam Undang2 ini.

(2) Rayuan ulang bichara yang demikian hendak-lah dengan menghantar tuntutan bertulis kapada Mahkamah yang memberi atau membuat keputusan atau perentah yang hendak di-ulang bichara daripada Kenyataan Ulang Bichara yang di-'alamatkan kapada Mahkamah itu, dan dengan menjelaskan bayaran yang di-tetapkan. Mahkamah hendak-Iah memberi satu salinan Kenyataan yang demikian dengan sa-berapa segera yang boleh kapada tiap2 pehak yang membela.

(3) Kenyataan Ulang Bichara tidak boleh di-buat sa-Iepas habis tempoh empat belas hari daripada tarikh keputusan atau perentah yang hendak di-ulang bichara itu di-beri atau di-buat tetapi apabila permohonan di-kemukakan kapada Jawatan-kuasa Ulang Bichara boleh-Iah ia, jika di-fikirkan oleh kerana hal keadaan yang tertentu mematutkan dilanjutkan tempoh itu, memberi kebenaran ulang bichara dalam satu2 tempoh yang di-lanjutkan yang di-fikirkan-nya patut.

(4) Tiap2 Kenyataan Ulang Bichara hendak-Iah mengandongi 'alamat di-mana sebarang kenyataan atau surat2 berhubong dengan ulang bichara itu boleh di-berikan kapada pehak yang meminta ulang bichara atau pun kapada Peguam Shar'iah-nya.

(5) Apabila di-terima Kenyataan Ulang Bichara maka Pegawai Pengetua Mahkamah hendak-lah menyediakan dan menanda tangani alasan2 keputusan-nya dan hendaklah memberi kapada pehak yang meminta ulang bichara itu apabila di-jelaskan bayaran yang di-tetapkan, satu salinan alasan2 yang demikian, satu salinan peringatan2-nya mengenai pembicharaan itu, dan salinan2 surat2 yang lain yang di-katakan di-kehendaki oleh pehak yang meminta ulang bichara itu untok membolehkan-nya menyediakan rekod.

(6) Apabila surat2 yang di-sebutkan dalam fasal kechil tadi telah siap maka Mahkamah hendak-Iah memberitahu akan ini kapada pehak yang meminta ulang bichara dan tempoh dua puloh satu hari sa-Iepas kenyataan yang demikian itu di-terima maka pehak yang meminta ulang bichara hendak-lah menghantar salinan2 Rekod Ulang Bichara yang menchukopi kapada Mahkamah. Empat salinan rekod tersebut hendak-Iah di-kemukakan oleh Mahkamah kapada Yang di-Pertua dan satu salinan hendak-Iah di-berikan kapada tiap2 pehak yang kena bela dalam ulang bichara itu. Rekod Ulang Bichara itu hendaklah mengandongi Surat Rayuan yang di-'alamatkan kapada Jawatan-kuasa Ulang Bichara menyatakan alasan2 bagi bantahan pehak yang meminta ulang bichara terhadap keputusan atau perentah yang di-minta ulang bichara itu, satu salinan tuntutan, satu salinan bela'an yang bertulis, salinan2 perentah2 yang di-tutorkan, satu salinan kenyataan Mahkamah mengenai: perbicharaan, salinan2 segala keterangan2 dan surat2 keterangan, satu salinan keputusan atau perentah, satu salinan alasan2 keputusan, satu salinan kenyataan Ulang Bichara dan satu Fihrasat. Jika rekod itu di-Iuar peratoran atau jika di-buat di-Iuar masa, atau jika pehak yang kena bela tidak di-berikan, maka Mahkamah hendak-Iah memberitahu Yang di-Pertua akan hal itu.

(7) Pehak yang kena bela dalam ulang bichara boleh-Iah memberi kenyataan kapada Mahkamah dan pehak2 yang lain-nya bahawa ia hendak mengatakan bahawa keputusan atau perentah yang di-minta ulang bichara itu hendak-Iah di-ubah. Maka kenyataan yang demikian hendak-Iah berjalan sa-bagai rayuan timbol balek.

(8) Mahkamah boleh, mengikut timbangan-nya, menanggohkan perjalanan sa-suatu keputusan atau perentah sementara menunggu ulang bichara.

(9) Apabila Rekod Ulang Bichara di-bawah sharat2 fasal kechil tadi di-terima, maka Yang di-Pertua hendak-Iah melantek sa-buah Jawatan-kuasa Ulang Bichara untok mendengar ulang bichara yang demikian.

(10) Jawatan-kuasa Ulang Bichara yang demikian hendak-Iah menetapkan tarikh bagi mendengar ulang bichara itu, dan hendak-Iah memberitahu kedua pehak2 mengenai tarikh dan tempat ulang bichara itu akan didengar.

(11) Pada tarikh yang di-tetapkan atau mana2 hari yang lain di-tanggohkan mendengar ulang bichara itu maka Jawatan-kuasa Ulang Bichara hendak-lah mendengar pehak2 dalam ulang bichara itu dan merojok kapada mana2 bahagian Rekod Ulang Bichara dan kemudian-nya hendaklah membuat apa2 perentah mengikut fasal kechil (1) (b) kapada fasal 47 dalam Undang2 ini dan berkenaan dengan perbelanjaan ulang bichara itu yang di-fikirkan-nya patut.

(12) Tidak boleh di-benarkan ulang bichara, atau diperentahkan supaya di-bicharakan sa-mula atas sebab2 kaedah yang di-Iuar peratoran atau pun penerimaan salah mengenai keterangan kechuali telah berIaku kealpaan ke'adilan di-dalam-nya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.