ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015
BAHAGIAN VI - ISTIBDAL DAN PEMBANGUNAN MAWQUF
Seksyen 22. Kuasa Majlis untuk istibdal
(1) Majlis boleh mengistibdalkan apa-apa
mawquf
jika-
(a) kegunaan
mawquf
tidak lagi mendatangkan manfaat dan faedah sebagaimana yang dikehendaki oleh
waqif
;
(b) kegunaan
mawquf
tidak menepati tujuan wakaf;
(c) mana-mana syarat wakaf tidak selaras dengan mana-mana undang-undang bertulis;
(d) Majlis hendak mengistibdal masjid atau tapak masjid yang telah diwakafkan;
(e) disebabkan berlalu masa atau berlaku perubahan keadaan, mana-mana syarat yang ditetapkan oleh
waqif
tidak dapat dilaksanakan;
(f) mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh
waqif
tidak dapat dilaksanakan dan Majlis berhasrat untuk menentukan apa-apa cara lain bagi melaksanakan wakaf
itu, supaya
mawquf
itu digunakan dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan syarat yang ditetapkan oleh
waqif
nya; atau
(g) dalam hal keadaan lain yang difikirkan perlu oleh Majlis.
(2) Apa-apa
mawquf
yang diambil oleh mana-mana pihak berkuasa awam mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah diistibdal kepada Majlis oleh pihak berkuasa berkenaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.