ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF



Seksyen 7. Pendaftaran wakaf

(1) Tertakluk kepada seksyen 4, setiap wakaf hendaklah dengan seberapa segera, didaftarkan atas nama Majlis dalam apa-apa bentuk atau cara yang telah ditetapkan oleh Majlis.

(2) Walau apa pun peruntukan di bawah subseksyen (1), mana-mana wakaf yang belum didaftarkan dan diendorskan atas nama Majlis, bolehlah didaftarkan melalui kaedah peletakhakan berkanun menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa.

(3) Mana-mana harta yang telah didaftarkan sebagai wakaf hendaklah dinyatakan sebagai “Wakaf Am” atau “Wakaf Khas” di dalam mana-mana suratan hak milik atau pemberitahuan dalam Warta yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.