ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN VI - PENYUBAHATAN DAN PERCUBAAN



Seksyen 54. Penyubahatan

Seseorang menyubahati perlakuan sesuatu perkara jika dia-

Huraian 1 – Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja, atau dengan penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

Huraian 2 – Mana-mana orang, sama ada sebelum atau pada masa perlakuan sesuatu perbuatan, melakukan apa-apa jua dengan tujuan memudahkan perlakuan perbuatan itu, dan dengan itu memudahkan perlakuan itu, adalah dikatakan membantu dalam melakukan perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.