ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

PERMULAAN



Seksyen 4. Kategori kesalahan

(1) Kesalahan-kesalahan di bawah Kanun ini adalah dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

(a) kesalahan hudud, iaitu kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen 5 yang mana hukumannya, disebut sebagai hukuman hudud, telah ditetapkan oleh al-Quran al-Karim atau al-Sunnah;

(b) kesalahan qisas, iai tu kesalahan-kesalahan menyebabkan kematian atau kecederaan anggota badan seseorang yang mana hukumannya disebut sebagai hukuman qisas, telah ditetapkan oleh al-Quran al-Karim atau al-Sunnah; dan

(c) kesalahan takzir, iaitu kesalahan-kesalahan selain daripada kesalahan hudud atau kesalahan qisas yang mana hukumannya, disebut sebagai hukuman takzir, ditetapkan oleh Badan Perundangan Negeri di bawah Kanun ini atau selainnya dan dijatuhkan mengikut budi bicara Mahkamah.

(2) Walau apapun subseksyen (1), jika sesuatu kesalahan hudud atau kesalahan qisas tidak boleh dikenakan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman itu sebagaimana yang ditetapkan di bawah Kanun ini atau mengikut hukum syarak, maka kesalahan itu akan termasuk ke dalam kategori kesalahan takzir dan bolehlah dikenakan hukuman takzir dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.