Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VII - NAFKAH TANGGONGAN



Seksyen 139. Anak yang belom chukop umor.

Sa-orang anak di-bawah umor lima belas tahun boleh-lah dengan permohonan di-dalam Mahkamah di-buat dengan sendiri atau melalui wakil sa-bagaimana yang disebutkan di-dalam fasal 80 (2) dalam Undang2 ini mendapat perentah di-atas bapa-nya yang benar atau pun sa-siapa orang yang lain yang patut menanggong anak itu supaya membayar dari satu masa ka-satu masa belanja yang ia boleh berhak menerima-nya mengikut Hukum Shara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.