ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN III - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA



Seksyen 24. Enggan memberi taksiran pendapatan

Mana-mana orang yang dikehendaki memberi penyata atau taksiran pendapatannya berhubung dengan zakat dan fitrah dalam tempoh yang ditentukan dengan sengaja enggan atau cuba mengelakkan diri daripada berbuat demikian dengan tiada sebab yang munasabah ataupun memberi penyata atau taksiran yang palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.