Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN Ill
MAHKAMAH2 SHAR'IAH



Seksyen 48A. Ulang Bichara Jinayah.

(1) Terta'alok kapada sharat2 fasal kechil (1) (a) kapada fasal 46 dalam Undang2 ini, sa-siapa yang tidak puas hati dengan keputusan, hukuman, atau perentah Mahkamah dalam mana2 perbicharaan jinayah di-bawah Undang2 ini yang ia ada-Iah di-satu pehak boleh-Iah menuntut ulang bichara kapada Jawatan-kuasa Ulang Bichara yang di-tubohkan di-bawah fasal 46 Undang2 ini.

(2) Rayuan ulang bichara itu hendak-Iah dengan menghantar tuntutan bertulis kapada Mahkamah yang meluluskan keputusan ulang bicha-r:~daripada rayuan untok ulang bichara di-'alamatkan kapada Jawatan-kuasa Ulang Bichara, mcnyebutkan perihal pengaduan hukuman, sama ada ulang bichara itu ia-Iah terhadap hukuman atau keputusan at au pun kedua2-nya, dan alasan2 mengulang bichara, dan dengan menjelaskan bayaran ulang bichara yang di-tetapkan. Rayuan yang demikian hendak-Iah dibuat tidak lebeh daripada empat belas hari sa-Iepas di-beri keputusan itu, kechuali dengan permohonan kapada Jawatan-kuasa Ulang Bichara tempoh empat belas hari itu di-Ianjutkan.

(3) Tiap2 Rayuan Ulang Bichara hendak-lah mengandongi 'alamat pehak yang meminta ulang bichara atau Peguam Shar'iah supaya di-hantarkan kenyataan atau surat2 berhubong dengan ulang bichara itu.

(4) Apabila permohonan yang demikian di-terima, maka Mahkamah hendak-Iah menyediakan dan menghantarkan kapada Yang di-Pertua empat naskhah rekod mengandongi satu salinan surat rayuan itu,' satu salinan peringatan perbicharaan Mahkamah, salinan2 surat2 keterangan yang bersangkutan, dan satu salinan keputusan atau perentah Mahkamah dan alasan2 memberi keputusan itu. Tiap2 naskhah rekod itu hendak-Iah di-akui sah dan betul oleh Pegawai Pengetua Mahkamah serta di-kenakan chap mohor. Pehak yang menuntut ulang bichara ada-Iah berhak mendapat satu salinan rekod itu dengan menjelaskan bayaran yang di-tetapkan dan Mahkamah hendak-Iah, dengan tiada bayaran, menghantarkan satu salinan kapada Pegawai Penda'awa yang akan hadhir sa-bagai pembela bagi ulang bichara itu.

(5) Sa-telah menerima salinan2 segala surat yang tersebut tadi dalam fasal kechil kapada fasal ini maka Yang di-Pertua hendak-lah mengemukakan-nya kapada Jawatan-kuasa Ulang Bichara untok mendengar ulang bichara itu.

(6) Jawatan-kuasa Ulang Bichara kemudian hendak-Iah menetapkan tarikh mendengar ulang bichara itu dan memberitahu segala pehak mengenai tarikh dan tempat ulang bichara itu akan di-dengar.

(7) Bila ada ulang bichara untok di-dengar maka Jawatankuasa Ulang Bichara hendak-lah mendengar pehak yang menuntut ulang bichara, dan jika di-fikirkan mustahak, maka pehak pembela bagi ulang bichara itu, kemudian boleh-Iah membuat apa2 perentah mengikut fasal kechil (1)(a) kapada fasal 47 dalam Undang2 ini sa-bagaimana yang di-fikirkan-nya patut.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.