Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 178. Hasutan meninggal-kan kewajipan Ugama.

(1) Barang siapa yang menghasut atau memujok mana2 orang yang ber-Ugama Islam supaya tidak menghadhiri Masjid atau menghadhiri pengajaran Ugama boleh-lah dihukum penjara sa-lama tidak lebeh daripada sa-bulan atau dengan denda yang tiada lebeh daripada sa-ratus ringgit.

(2) Sa-siapa orang dengan sa-barang apa chara menahan atau menghasut orang lain dengan tulisan, pertuturan atau lain2 daripada membayar Zakat atau Fitrah ada-lah melakukan kesalahan di-bawah Undang2 ini dan apabila thabit kesalahan-nya di-dalam Mahkamah hendak-lah di-hukum denda tidak lebeh daripada sa-ribu ringgit atau penjara tidak lebeh daripada sa-tahun atau kedua2 denda dan penjara




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.