ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN III - KETERANGAN



Seksyen 46. Keterangan qarinah

(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) keterangan qarinah walaupun berkaitan tidaklah boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.

(2) Dalam kesalahan syurb atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.