ENAKMEN 7 TAHUN 2006
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2006
BAHAGIAN IV - PENALTI PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 44. Bukti
Tiap-tiap Daftar Perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini dan sesuatu salinan apa-apa catatan di dalamnya, yang diperakui dengan tandatangan dan meterai jawatannya sebagai suatu salinan atau cabutan yang benar, adalah menjadi keterangan
prima facie
dalam semua mahkamah dan tribunal dalam mengenai tarikh-tarikh dan perbuatan-perbuatan yang terkandung atau dinyatakan dalam Daftar Perkahwinan, salinan atau cabutan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.