ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015
BAHAGIAN VIII - KUMPULAN WANG WAKAF
Seksyen 38. Penggunaan dana Kumpulan Wang Wakaf
(1) Wang asas wakaf boleh digunakan bagi maksud-
(a) pembelian apa-apa harta sebagai suatu wakaf di bawah seksyen 6; atau
(b) pelaksanaan apa-apa wakaf dan pembiayaan pembangunan apa-apa
mawquf
tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Majlis.
(2) Wang manfaat wakaf boleh digunakan bagi maksud-
(a) pembayaran segala kos, caj dan perbelanjaan pentadbiran mana-mana
wakaf
atau
mawquf
termasuklah kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana mawquf; atau
(b) apa-apa perbelanjaan lain berkaitan dengan wakaf atau
mawquf
yang difikirkan wajar oleh Perbadanan dalam melaksanakan peruntukan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.