ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN X - PERUNTUKAN AM



Seksyen 45. Hukum Syarak

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu dan Hukum Syarak hendaklah terpakai.

(2) Jika terdapat apa-apa lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, Mahkamah hendaklah merujuk kepada Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.