ENAKMEN 5 TAHUN 2006
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2006

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 189. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin

Jika, oleh sebab kesilapan, fraud atau selainnya, penjamin-penjamin yang tak mencukupi telah diterima, atau jika mereka kemudiannya menjadi tak mencukupi, Mahkamah yang membenarkan dia ikat jamin boleh mengeluarkan suatu waran tangkap yang mengarahkan supaya orang yang dilepaskan atas jaminan itu dibawa ke hadapan Mahkamah itu, dan boleh mengarahkan supaya dia mencari penjamin yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Mahkamah boleh memenjarakannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.