ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN V - MAWQUF



Seksyen 21. Peletakhakan mawquf

(1) Majlis hendaklah mengambil segala tindakan yang perlu seberapa segera untuk meletakhakkan kepadanya semua wakaf yang diwujudkan di bawah Enakmen ini.

(2) Apa-apa faedah atau manfaat daripada sesuatu mawquf hendaklah terletak hak kepada Majlis mulai dari tarikh wakaf itu mula berkuat kuasa, dan Majlis boleh menuntut apa-apa faedah atau manfaat sesuatu mawquf daripada mana-mana orang sebelum pendaftaran wakaf itu.

(3) Semua mawquf yang terletak dalam Negeri Perak sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa, hendaklah tanpa apa-apa pemindahan hak, penyerahan hak atau pemindahan hakmilik, terletak hak kepada Majlis, bagi maksud wakaf yang menyentuh mawquf itu.

(4) Majlis hendaklah mengambil segala tindakan yang perlu untuk meletakhak kepada Majlis bagi maksud yang serupa, mana-mana mawquf sedemikian yang terletak di luar Negeri Perak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.