ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN V - MAWQUF



Seksyen 22. Saham wakaf

(1) Perbadanan boleh menawarkan apa-apa saham wakaf kepada mana-mana orang, pertubuhan atau institusi sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud apa-apa wakaf.

(2) Apa-apa harta yang diperoleh daripada hasil jualan saham wakaf di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi suatu mawquf.
MISALAN

Perbadanan hendak membeli bangunan B yang berharga RM10 juta. Modal bagi pembelian bangunan B tersebut diperoleh daripada hasil jualan unit saham wakaf kepada mana-mana orang, pertubuhan atau institusi dan kemudiannya diwakafkan kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.