Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VIII - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 82. Setiausaha

(1) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat menyurat dan dokumen Jawatankuasa, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi.

(2) Setiausaha berhak untuk menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa dan mengambil bahagian tetapi tidak berhak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.