ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN IV - PELAKSANAAN HUKUMAN



Seksyen 54. Penangguhan hukuman rejam bagi perempuan hamil dan menyusukan anak

Hukuman rejam tidak boleh dilaksanakan ke atas pesalah perempuan yang sedang hamil sehinggalah dia melahirkan anaknya, dan selepas dia menjadi suci daripada darah nifas dan kembali sihat semula untuk menjalani hukuman itu; dan jika sekiranya dia menyusukan anaknya, maka hukuman rejam tidak boleh dijalani sehingga genap dua tahun penyusuan anaknya, melainkan ada seseorang ibu susu yang sanggup menyusukan anak itu dalam tempoh yang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.