Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN X - PERKARA 'AM



Seksyen 188. Perlindongan Majlis, anggota2 dan kaki-tangan-nya.

(1) Anggota Majlis hendak-Iah tidak terkena ganti sa-suatu kehilangan yang berbangkit daripada atau oleh kerana sa-suatu tanaman modal yang di-buat mengikut sharat2 Undang2 ini, at au sa-suatu kemungkiran memungut atau mendapat sebarang wang2 atau harta benda kepunyaan Majlis, melainkan kehilangan itu telahberlaku oleh kechuaian dengan senghaja atau tipuan-nya.

(2) Anggota Majlis, kaki2-tangan-nya, wakil-nya atau orang yang menjalankan perentah mengikut kuasa Majlis hendak-Iah terlepas daripada-nya sa-suatu penda'waan atau perbicharaan bagi atau berkenaan dengan sa-suatu perbuatan, perkara atau benda yang di-buat atau di-tinggal daripada melakukan-nya dengan suchi-hati pada menjalankan atau di-katakan menjalankan sa-suatu hak2 atau kuasa2 Majlis atau anggota2-nya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.