Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN DI-DALAM PERBICHARAAN JINAYAH



Seksyen 62. Saman dan Waran.

(1) Apabila menerima pengaduan ia-itu satu kesalahan sudah berlaku yang di-dalam kuasa-nya membicharakan, maka Mahkamah itu boleh-lah mengeluarkan saman kapada orang yang kena tudoh menyuroh dia hadhir di Mahkamah itu pada masa dan tempat yang di-tentukan.

(2) Saman itu hendak-lah menyebutkan keadaan kesalahan yang di-tudohkan dan fasal di-dalam Undang2 ini di-bawah mana kesalahan itu boleh di-hukum.

(3) Jika orang yang di-tudoh itu tidak mengikut perentah saman yang sudah di-berikan kapada-nya atau pun jika kesalahan itu satu kesalahan yang boleh di-hukum dengan penjara dan ada sebab2 yang boleh memberi keperchayaan bahawa saman itu tidak akan menjadi berguna oleh sebab orang yang di-tudoh itu tidak dapat di-chari atau pun harus ia tidak menurut perentah saman itu maka boleh-lah Mahkamah mengeluarkan waran kapada Ketua Pegawai polis dan jua kapada lain2 Pegawai Polis di-dalam Negeri ini menyuroh mereka itu menangkap orang yang di-tudoh itu dan di-bawa ka-hadapan Mahkamah. Maka waran itu hendak-lah mengandongi perihal2 yang di-sebutkan didalam fasal kechil (2) di-dalam fasal ini. Maka orang yang di-tudoh itu hendak-lah di-tangkap dan di-bawa ka-dalam Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.