ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 103. Penjaga bagi anak yatim

Jika bapa dan datuk lelaki seseorang kanak-kanak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, mana-mana penghulu, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, manamana orang yang menjaga kanak-kanak itu, atau mana-mana orang yang ada mempunyai kuasa seorang Pelindung di bawah Akta Pelindungan Kanak-Kanak 1991 [Akta 468], boleh menyebabkan kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta kanak-kanak itu, atau keduaduanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.