ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN I - KESALAHAN-KESALAHAN HUDUD



Seksyen 23. Irtidad atau riddah

(1) Sesiapa secara sukarela tanpa paksaan, dengan sengaja dan disedarinya melakukan apa-apa perbuatan atau mengungkapkan apa-apa perkataan yang menjejaskan atau berlawanan dengan aqidah Islam adalah melakukan irtidad:

(2) Bagi maksud subseksyen (1), apa-apa perbuatan atau perkataan yang menjejaskan aqidah itu ialah perbuatan atau perkataan mengenai atau bersabit dengan perkara-perkara asas yang dianggap mesti diketahui dan dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang Islam seperti perkara-perkara mengenai rukun Islam, rukun Iman dan perkara-perkara halal dan haram.

(3) Mana-mana orang yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya, dikehendaki oleh Mahkamah supaya dipenjarakan sehingga dia bertaubat dalam tempoh yang tidak ditetapkan.

(4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi ada harapan untuk bertaubat boleh dilanjutkan lagi tempoh tersebut sehingga tidak ada lagi harapan berbuat demikian, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman hudud ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitulmal:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.