ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN II - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH



Seksyen 6. Mengembangkan doktrin agama, dsb.

Mana-mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.