ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Jadual
(Seksyen 25)
KUASA TAMBAHAN MAHKAMAH

Penggantungan perbicaraan

1. Kuasa untuk menggantungkan sebarang perbicaraan jika perbicaraan itu telah dibuat di dalam daerah di mana—

Pemindahan perbicaraan

2. Kuasa memindahkan sebarang perbicaraan, atas permohonan atau atas usulnya sendiri, kepada Mahkamah Rendah Syariah lain.

Penyerahan

3. Kuasa, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, memerintah penyerahan prosesnya di mana-mana tempat atau pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara dan memerintah supaya penyerahan dianggap telah dilaksanakan dalam masa yang ditentukan.

Proses mewajibkan kehadiran

4. Kuasa mewajibkan, melalui notis yang dialamatkan kepada pegawai yang menjaga penjara, untuk mengemukakan kepadanya mana-mana orang di dalam penjara untuk sebarang maksud.

Salinan pejabat salinan sah

5. Kuasa mengeluarkan dan menggunakan untuk sebarang maksud salinan pejabat atau salinan sah mana-mana prosiding di dalam Mahkamah itu dan menerima mana-mana salinan pejabat atau salinan sah yang dikeluarkan oleh Mahkamah yang lain.

Kos

6. Budi bicara untuk memerintahkan kos prosiding yang termasuk prosiding yang telah digantungkan, tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang bertulis sebaliknya.

Perlaksanaan

7. (1) Kuasa kepada pegawai Mahkamah yang diberi kuasa secara khusus oleh Ketua Hakim Syarie untuk memasuki mana-mana rumah atau premis bagi maksud penyiasatan dan dalam melaksanakan mana-mana perintah perlaksanaan dan kuasa memecahkan mana-mana peti besi, almari atau kotak-kotak lain yang terdapat di dalam rumah atau premis tersebut.

(2) Kuasa untuk memeriksa mana-mana orang mengenai hartanya atau harta orang lain atau mengenai pelupusan mana-mana harta tersebut.

(3) Kuasa, mengenai perlaksanaan sesuatu perintah tahan harta sebelum hukuman, dan kuasa mengenakan had-had dan syarat-syarat mengenai pengurusan, ganti-rosak dan pampasannya.

Perlanjutan masa

8. Kuasa melanjutkan atau memendekkan masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan melakukan sesuatu perbuatan atau mengambil apa-apa tindakan, sungguhpun tiada permohonan untuk maksud demikian dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Fi

9. Kuasa mengenakan apa-apa bayaran dan menentukan apa-apa fi mengenai apa-apa tindakan Mahkamah di bawah dan menurut Enakmen ini.

Penghinaan Mahkamah

10. Kuasa untuk menghukum apa-apa tindakan, ketinggalan atau perbuatan yang disifatkan sebagai penghinaan Mahkamah.


Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 18 November 2007 bersamaan dengan 8 Zulkaedah 1428.
ABD. RASHID BIN HAJI OTHMAN
Setiausaha Dewan Undangan Negeri
Kedah Darul Aman

[PSU(K) 598/1399 JD. 2]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.