ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 5. Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada tujuh orang Islam untuk membentuk satu panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik bukan daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri hendaklah dibayar apa-apa saraan sebagaimana yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan di atas nasihat Majlis.

(4) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(5) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini berkuat kuasa, memegang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah seolah-olah mereka telah dilantik di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.