ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGA
Bab 3 - Pemeriksaan saksi



Seksyen 96. Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya

(1) Soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak menentang, ditanya di dalam pemeriksaan utama atau dalam pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan memimpin tentang perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan, atau perkara yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.