ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)
BAHAGIAN I - KESALAHAN-KESALAHAN HUDUD
Seksyen 17. Qazaf
(1) Seseorang adalah melakukan
qazaf
jika dia-
(a) membuat tuduhan zina atau liwat, yang tidak dibuktikan dengan empat orang saksi, terhadap seseorang Islam yang aqil baligh yang dikenali bersih diri daripada kelakuan zina atau liwat; atau
(b) tertakluk kepada subseksyen (2), secara nyata menyatakan bahawa seseorang itu telah melakukan zina atau liwat atau secara tersirat yang boleh disifatkan sebagai menunjukkan seseorang itu melakukan zina atau dengan secara nyata atau secara tersirat menyatakan bahawa seseorang itu bukannya bapa ataupun bukannya anak kepada seseorang yang tertentu.
(2) Pernyataan di bawah perenggan 1(b) adalah dianggapkan sebagai
qazaf
melainkan ia dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki, dan jika pernyataan itu tidak boleh dibuktikan sedemikian maka orang yang membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan
qazaf;
tetapi sekiranya pernyataan itu dibuktikan, maka orang yang terhadapnya pernyataan itu dibuat adalah melakukan kesalahan zina atau liwat.
(3) Sesuatu pernyataan di bawah perenggan 1(b) adalah dianggap tidak terbukti, sekiranya seorang atau lebih antara empat orang saksi tersebut menarik diri atau enggan memberi keterangan atau jika keterangan itu bercanggah dengan pernyataan tersebut; dan dalam hal yang demikian mana-mana saksi yang melakukan mana-mana perbuatan tersebut di atas hendaklah dianggapkan telah melakukan kesalahan
qazaf
dan boleh dikenakan hukuman hudud.
(4) Mana-mana orang yang mendakwa dan saksi-saksi yang memberikan keterangan dengan suci hati, sama ada dengan
syahadah
atau
bayyinah
di hadapan Mahkamah, untuk membuktikan kesalahan zina atau liwat tetapi keterangan itu tidak memenuhi kehendak hukum syarak bagi tertuduh dikenakan hukuman hudud tidaklah melakukan kesalahan
qazaf.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.