ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bila Penghakiman Mahkamah menjadi Qarinah



Seksyen 32. Fraud atau pakat sulit dalam mendapatkan penghakiman atau ketidakkompetenan Mahkamah boleh dibuktikan

Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding lain boleh menunjukkan bahawa apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang adalah qarinah di bawah seksyen 28, 29 atau 30, dan yang telah dibuktikan oleh pihak menentang, telah diumumkan oleh Mahkamah yang tidak kompeten untuk mengumumkannya atau telah didapati dengan cara fraud atau pakat sulit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.