ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 70. Anggapan tentang perutusan telegraf

Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu perutusan yang dihantar dari sesuatu pejabat telegraf kepada orang yang kepadanya perutusan itu berupa sebagai ditujukan adalah bersamaan dengan perutusan yang telah diserahkan untuk dihantar di pejabat yang darinya perutusan itu berupa sebagai telah dihantar, tetapi Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan tentang orang yang olehnya perutusan itu telah diserahkan untuk penghantaran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.